Bengkel Roti
18 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniBengkel Roti dijalankan di Pusat Internet Sungai Asap, selama 4 jam bermula dari jam 9:00 pagi hingga jam 1.00 petang. Jumlah peserta yang hadir 16 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu Check Your Label.
Peserta terlebih dahulu diberi Taklimat mengenai fungsi Pusat Internet dan Taklimat KDB Advokasi. Peserta belajar membuat pelbagi jenis roti iaitu Bun Kacang Merah, Bun Sosej, Bun Chicken Floss, Bun Sarang Lebah dan Bun Loyang Cheese. Kelebihan Bengkel Roti yang dijalankan di Pusat Internet Sungai Asap adalah kerana peserta perpeluang membuat latihan amali, diberi khidmat nasihat berterusan, peserta diberi resepi, produk boleh dibawa pulang dan peserta diberi sijil penyertaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: